Budaya barat pada masa kini semakin menular melalui
media komunikasi seperti whatsapp,wechat ,facebook dan juga filem-filem. Pengaruh barat secara
umumnya didefinisikan sebagai penjajahan fikiran kepada sesebuah negara melalui
hiburan masa kini. Budaya
ialah suatu cara hidup manusia merangkumi cara berfikir, merasa dan bertindak.
Sebagai suatu cara hidup, budaya dibangunkan oleh manusia berdasarkan ilmu
pengetahuan yang dimiliki sama ada ilmu tersebut diperoleh daripada proses
pembelajaran, pengalaman hidup atau pengamatan terhadap kejadian diri sendiri
dan alam sekeliling. Hiburan barat sering diikuti oleh golongan remaja masa
kini.
Pengaruh barat secara
umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran
yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu
menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai,
memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang
menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan
kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam
kehidupannya . Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat
adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang
merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang
bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi
goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk,
hedonisme, skin head, dan sebagainya.
Generasi ala Barat di Malaysia bukan lahir secara
tiba-tiba. Ia di bina sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samaada dari
latar belakang keluarga atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali.
Barat sentiasa mencari pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan
kesempatan.
Golongan kanak-kanak dan remaja menjadi salah satu sasaran pihak Barat
untuk merosakkan umat islam dari dalam terutama melalui penghakisan identity
dan jati diri mereka sebagai umat islam. Penganjuran yang boleh merosakkan
akhlak dan jati diri kanak-kanak dan remaja. Melayu islam mendapat kelulusan
dari pihak berkuasa. Dalam hal ini Kementerian Pelajaran sendiri terlibat
secara langsung.
Generasi ala Barat di Malaysia bukan lahir secara tiba-tiba. Ia dibina
sejak dari alam kanak-kanak dan remaja, samaada dari latar belakang keluarga
atau dari dokongan penguasa atau kedua-duanya sekali. Barat sentiasa mencari
pintu-pintu masuk dari berbagai sudut, masa dan kesempatan.
Pada
dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada
fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada
orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar
pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah
penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan?
Sedangkan pada hari ini adalah hari raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai
Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya akan adalah hari raya
kita.”
(Ibnu
Majah)
Berdasarkan
hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta
menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf
al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati
serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh
Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh
merangsang kepada perbuatan dosa.
Pengaruh budaya barat
dari aspek fesyan seperti budaya punk lebih terkenal dari fashion yang dikenakan
dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ,
atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang,
sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang
lusuh, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk
berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan seperti
itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.
Gaya hidup ialah relatif
tidak ada seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi diambil
dari kata " ideas " dan " logos "
yang berarti buah pikiran murni dalam kehidupan. Gaya hidup dan ideologi
berkembang sesuai dengan tempat, waktu dan situasi maka punk kalisari pada saat
ini mulai mengembangkan proyek " jor-joran " iaitu
manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita.
Selain itu,pengaruh skinhead juga dari aspek fesyan
seperti Skinheads ditubuhkan pada tahun 60an dan mula berkembang pada tahun
1964 iatu di bandar Chelsea, England.Skinheads menggemari Hang Out atau
melepak di Snooker dan juga Pub. Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi
Skinheads. Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team. Jimpesy
telah meminta kebenaran dari Queen Chelsea untuk menubuhkan Football
Team untuk Skinheads. Skinheads hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum
masuk ke padang sebagai memperingati jasa yang dicurahkan oleh
Jimpesy untuk Skinheads Football. Football Hooligans merupakan
Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak. Tren bagi
Skinhead ialah gemar mengubah tekanan, mengkaji dan
menyembahkan style mereka.
Terdapat pengaruh budaya
barat dari aspek muzik seperti pengaruh black metal kerana aktiviti kumpulan
BLACK METAL ini bersendikan kepada pemujaan syaitan dan Black Metal ini
diasaskan di Barat yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta
liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej yang dibawa dalam
setiap lagu ialah menolak kewujudan Tuhan, menggalakkan seks rambang dan
keganasan. Kumpulan ini juga menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas.
Lagu-lagu bawah tanah ini biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau
dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu langsung mengikut definisi muzik.
Lirik lagu pula seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah.
Sebab itu ada mengatakan inilah `bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada
pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu
bebas dan benci peraturan. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti
dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu
juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.
Selain itu ,pengaruh
budaya barat dari aspek isu hiburan seperti Hiburan yang diharamkan
adalah yang berlawanan dengan batas syarak seperti percampuran lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim, disertai minuman keras dan haram iaitu arak,
tarian yang mengghairahkan, ayat-ayat yang mengandungi unsur-unsur lucah
yang membawa kepada kelalaian sehingga terabai perkara-perkara fardhu dan
lain-lain. Sekiranya hiburan itu dapat dikawal sehingga ianya benar-benar
menepati syarak, ia masuk dalam kategori perkara harus (Mubah). Perkara harus
tidaklah harus secara mutlak. Imam Muhammad Abu Zuhroh mengatakan misalnya meletakkan
bahawa perkara yang harus tidak boleh ditinggalkan secara mutlak dan juga tidak
boleh dilakukan berterusan secara mutlak. Begitu juga dengan hiburan
secara berterusan siang dan malam kerana ia akan membawa kepada terabai
perkara-perkara fardhu. Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya
meletakkan pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tashsiniat di dalam
kehidupan. Perlu dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan
perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat.
Terdapat beberapa faktor
yang dapat memberi pengaruh serta keruntahan akhlak dalam kalangan remaja
menjadi topik perbincangan yang hangat pada zaman ini ialah Pengaruh media massa kerana Penciptaan televisyen nyata banyak
mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed (1995)
menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja
sememangnya ketara, maksud media massa di sini adalah surat khabar,
majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-majalah barat
memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya
hidup yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya.
Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari
oleh remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media
baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme
budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya
ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja
dan belia.
Selain itu institusi
keluarga juga turut mempengaruhi berlakunya gejala seks bebas
didalam kalangan kanak-kanak pada masa kini kepada mereka yang telah
bergelar ibubapa mereka seharusnya berperanan dalam memberi didikan agama
yang secukupnya kepada kanak-kanak mereka.Namun demikian juga pada hari
ini kebanyakan ibubapa terlalu sibuk dengan kerja harian sehinggakan
mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka
sendiri.Kesibukan bukanlah alasan sebagai penghalang kepada ibubapa untuk
mengambil berat hal anak-anak mereka yang paling penting ibubapa tahu peranan
mereka dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak mereka sendiri
ibubapa juga seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka.Selain itu juga ibubapa
perlulah memainkan peranan penting dalam memberi didikan agam
dan sosial dari kecil lagi kerana ibubapalah yang akan bertangungjawab
dalam membentuk sahsiah atau keperibadian anak-anak mereka sendiri.
Manakala percangahan pendapat juga pengaruh budaya
barat ialah remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat ini adalah
lebih canggih dan juga lebih moden.Oleh itu juga pengaruh budaya barat yang
berfikiran terbuka kerana ini merupakan dorongan kepada remaja dan
kanak-kanak hari ini untuk menjalinkan hubungan seks bebas perasaan
bangga terhadap kelakuan yang tidak bermoral ini menyebabkan mereka
terbawa-bawa dengan budaya sehinggakan mereka lupa diri dan didikan agama
mereke sendiri.Situasi ini telah menyebabkan para remaja dan kanak-kanak masa
kini tanpa rasa takut terjebak dalam gejala seks bebas ini.Golongan
remaja dan kanak-kanak akan terpadaya dengan gejalaseks.Ini juga akan
menyebankan remaja dan kanak-kanak tidak dapat memikirkan kesannya terhadap diri
sendiri,masyarakat,dan kelurga mahu pun Negara sebagai ibubapa mereka
haruslah member didikan kepada anak-anak mereka dengan secukupnya dan jangan
membiarkan anak-anak menonton video lucah atau video yang tidak ditapis.
Terdapat beberapa kesan terhadap
pengaruh budaya barat iaitu keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat
besar dalam masyarakat. Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa dapat
dilihat dari segi akhlak dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya
Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal
ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak
kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak hairanlah pada masa
akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja
Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.Selain itu,peningkatan gejala sosial
mampu memberi kesan kepada remaja seperti Banyak kejadian seperti pembuangan
bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya
dilakukan oleh remaja muslim pada hari ini yang kebanyakan mereka berpaksikan
dan bertunjangkan nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat
dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri
mereka. Tidak dapat dinafikan juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan
kesan yang mendalam pada diri individu.
Oleh sebab itu terdapat beberapa cara mengatasi isu pengaruh budaya barat
bagi ibubapa , kerajaan .Peranan ibubapa amat penting dalam hal ini untuk
memantau dan mengambil tahu aktiviti anak dalam menjalani hidupannya seterusnya
Membantah dan tidak mengalakkan langsung kanak-kanak menyertai program
pertandingan yang berunsurkan atau bercirikan barat.Selain itu, pihak kerajaan
juga perlu mengambil tindakkan dalam isu ini sebagai contoh nya, Mengadakan kempen serta .Seterusnya
Penapisan filem Barat juga perlu di ambil tindakan oleh itu , Lembaga Penapisan Filem
(LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk
mengekalkan budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang
ditampilkan dalam filem Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan
arak, lucah, tidak bersopan sering menjadi ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini
tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam filem. Walau
bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong kepada nilai-nilai pengajaran
dan pendidikan harus digalakkan.
Kesimpulannya, Berbagai krisis akhlak dan[s1] moral terus menular,merebak dan menjadi wabak dalam ,masyarakat kita
khasnya di kalangan remaja.Jenis – jenis budaya yang diperkatakan di atas
merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini .Remaja
yang diperkatakan kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada
budaya ketimuranan yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi.Pelbagai
pihak perlu mengambil langkah untuk membendung budaya negative ini. Oleh itu
pihak kerajaan harus memantau serta mengambil tindakan yang tegas terhadap isu
ini selain itu ibubapa juga perlu memantau setiap langkah anak – anak kita agar
tidak terpengaruh dengan budaya barat . Di samping itu, para guru khususnya guru
Pendidikan Islam harus berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang universal dan
bersesuaian untuk semua murid sebagai contoh menghormati ibu bapa, amanah,
ikhlas, menepati janji, bersyukur, tolong-menolong dan sebagainya dalam setiap
sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dan juga melalui aktiviti
kerohanian yang boleh diadakan di sekolah seperti sambutan Maulidur Rasul dan
sebagainya
Rujukan
Buku Pendidikan Islam Kaedah dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Comments
Post a Comment