Penggunaan media sosial
Media sosial
merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi dan komunikasi.
Pengaruh media sosial berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini disebabkan
kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang terkesan pada
pengambilan sikap, hubungan sosial sehari-hari dan perbezaan budaya. Manakala
era globalisasi pula memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi kehidupan
masyarakat. Hal ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara
positif mahupun negatif. Perkembangan teknologi membuatkan masyarakat tersepit
diantara dua pilihan. Di satu pihak masyarakat menerima kehadiran teknologi, di
pihak yang lain kehadiran teknologi moden jesteru menimbulkan masalah-masalah
yang bersifat struktural yang menambahkan di semua aspek kehidupan masyarakat.
Dewasa ini kemajuan teknologi informasi yang menuju kearah globalisasi
komunikasi dirasakan cenderung berpengaruh langsung terhadap tingkat peradaban masyarakat
dan bangsa. Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi
dan komunikasi, melalui media massa yang semakin banyak berkembang memungkinkan
informasi menyebar dengan mudah pada masyarakat. Informasi dalam bentuk apapun
dapat di sebar luaskan dengan mudah dan cepat sehingga mempengaruhi corak pandangan,
gaya hidup, serta budaya suatu bangsa. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan
pengaruh media sosial terhadap kehidupn sosial masyarakat kini yang harus mendepani
arus globalisasi.Penggunaan media sosial seperti instagram,facebook,wechat dan banyak
lagi telah membuka satu kancah yang boleh menyebarkan pelbagai masalah dan
keburukan kepada masyarakat terutamanya golangan remaja dan kanak-kanak.Kajian
daripada seorang dokter daripada Universiti Kebangsaan Malaysia bernama Dr.hj Afzan
bin Ismail telah mendapati 78 peratus masalah gejala sosial yang terjadi di
Malaysia bermula daripada pertuan di laman sosial.
Oleh itu,hal
ini amatlah membimbangkan kerana terdapat juga kes yang melibatkan remaja di
bawah umur yang seharusnya menumpukan pelajaran di sekolah namun
sebaliknya.“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka
(kecurigaan), karena sebagian dari pra-sangka itu dosa. dan janganlah
mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain.
Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah
mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.(Al-Hujurat.
12).Ayat ini menghuraikan firman Allah mengenai larangan untuk melibatkan diri
dalam apa-apa yang memberikan mudarat kepada diri sendiri dan orang lain.
KETAGIHAN
melampau remaja masa kini terhadap media sosial dilihat pendorong kepada
pembentukan perilaku dan sikap agresif, sehingga ada yang sanggup bertindak
membunuh diri.Tindakan sedemikian boleh terjadi ekoran terlalu taksub, kecewa
atau terpengaruh dengan kandungan di media sosial sehingga diri gagal membuat
pertimbangan wajar.Contohnya dalam kes pernah dilaporkan dalam akhbar Jun tahun
lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Johor cuba
membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli kenalan Facebooknya yang
mahu menyebarkan gambar lucah beliau di media sosial.Satu lagi kes berlaku ke
atas seorang gadis di Crystal Lake, Florida, Rebecca Sedwick, 12, yang
mengambil keputusan membunuh diri selepas dibuli dua rakannya sejak setahun
lalu.Di Malaysia, sebanyak 389 kes buli siber dilaporkan pengguna internet
melalui Pusat Bantuan Cyber999 sepanjang tahun lalu, meningkat 55.6 peratus
berbanding 250 kes pada 2012.Kajian dijalankan CyberSecurity Malaysia,
Kementerian Pendidikan dan DiGi Telecommunication Sdn Bhd pada 2013,
membabitkan 9,651 pelajar dari 459 sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara mendapati 13 peratus daripada responden iaitu 1,255 pelajar mengaku
sedang menjadi mangsa buli siber manakala 26 peratus atau 2,509 mengaku pernah
menjadi mangsa buli siber.Pakar psikologi dan kaunseling, Prof Dr Mohamed
Fadzil Che Din, menjelaskan situasi itu tidak pelik memandangkan remaja kini
gemar menjadikan gajet dan media sosial sebagai sumber rujukan.Katanya, sumber
rujukan ini tidak semestinya kandungan yang positif, malah sebahagian besar
menjadikan aplikasi untuk mengakses perkara negatif dan tidak berfaedah."Kebiasaannya,
80 hingga 90 peratus penggunaannya lebih bertumpu kepada aktiviti penerokaan
bagi mendapatkan maklumat baharu."Sebab itu mengapa hari ini remaja begitu
tertarik dengan kandungan gajet sehingga ada sebahagiannya menghabiskan waktu
seharian mereka dengan hanya melayari internet," katanya.Namun, apa yang
dirisaukan kini, Dr Mohamed yang juga Timbalan Naib Canselor Universiti
Pertahanan Nasional (UPNM) berkata, penggunaan media sosial atau gajet yang
keterlaluan atau melebihi had telah mengundang dan menimbulkan pelbagai masalah
dalam kehidupan remaja.Katanya, masalah seperti kurang interaksi dengan
masyarakat dan suka menyendiri sehingga bertindak di luar kawalan seperti lari
dari rumah, timbul disebabkan dua faktor iaitu individu serta peranan penjaga
atau ibu bapa."Bagi individu, ada tiga punca yang mempengaruhi perilaku
seperti itu iaitu menyalahgunaan media sosial; ketagihan melampau terhadap
gajet serta manipulasi media sosial seperti cubaan menipu atau memburukkan
orang lain."Sementara bagi ibu bapa atau penjaga pula, kurangnya kefahaman
mengenai gajet dan dunia internet tanpa batasan, selain leka akan risiko
penggunaannya, sedikit sebanyak mendorong kepada perubahan sikap anak-anak
untuk bersikap lebih pasif," katanya.Beliau berkata, sebahagian besar
gajet yang terdapat dan dijual di pasaran kini dari jenis Ipad, tablet dan
telefon pintar adalah bersifat sekunder dan tidak realistik.Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kanak-kanak dan remaja adalah kumpulan majoriti
pengguna Internet di negara ini iaitu kira-kira 14 peratus daripada 20.1 juta
pengguna dan kebanyakan memiliki akaun Facebook.
Secara
kesimpulannya,media sosial ini terdapat kebaikan serta keburukan.Setiap
individu yang waras tahu untuk memilih yang baik dan yang buruk.Namun
begitu,semua pihak haruslah memainkan peranan bagi membanteras sebarang gejala
yang tidak baik menular dalam masyarakat di negara kita.Berat sama dijunjung,ringan
sama dijinjing maka kerjasama haruslah dieratkan bagi mencapai matlamat
bersama.
Comments
Post a Comment