PENDAHULUAN: HIBURAN
Hiburan membawa maksud sesuatu yg dpt menghibur (menyukakan, menggembirakan) hati menurut kamus dewan bahasa edisi ke 2[1]. Industri pula membawa maksud perusahaan secara besar-besaran. Industri hiburan bermaksud (secara informal disebut show buisness atau show biz) terdiri dari sejumlah besar sub-industri yang ditujukan khusus pada hiburan [2]. Industri hiburan di Malaysia pada masa kini menyumbang pelbagai impak negatif kepada masyarakat-masyarakat di Malaysia khususnya golongan muda yang senang untuk dimanipulasi.
Dari sudut islam, islam amat mementingkan adab dalam suatu perkara atau perbuatan. Oleh yang demikian, untuk berhibur juga islam telah meletakkan garis panduan atau adab seperti tidak melampau dalam berhibur, menjaga ikhtilat atau pergaulan antara lain jantina dan menjaga tingkah laku ketika berhibur. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad SAW, Baginda telah berpesan bahawa berpeganglah kepada Alquran dan Assunnah sebagai panduan hidup dan sebagai 'manual book' kepada kita umat Nabi Muhammad SAW.
Sebagai contoh hadith berkenaan hiburan ialah:-
Sebagai contoh hadith berkenaan hiburan ialah:-
Abu Hurairah RA meriwayatkan Nabi SAW bersabda :
“Berjenakalah, dan jangan kamu
bercakap melainkan perkara yang benar.”
Nabi SAW bersabda :
“Janganlah kamu banyak dalam
bergelak, kerana sesungguhnya banyak dalam bergelak mematikan hati.”
Hadis berikut membuktikan bahawa islam tidak melarang umatnya untuk
berhibur selagi tidak melanggar hukum dan syarak.
Industri hiburan di Malaysia perlu lebih peka terhadap perkembangan gejala sosial yang melanda masyarakat terutama golongan muda. Hal ini berpunca dari
realiti media massa yang memberi peruntukkan yang banyak kepada aspek hiburan semata mata. Sebagai contoh, terlampau banyak rancangan drama yang berunsur cinta dan rempit ditayangkan di televisyen, sekali gus menunjukkan bahawa program-program di televisyen khasnya lebih mementingkan hiburan dari maklumat. Walaubagaimanapun, perkara ini dapat dielak dengan memperbanyakkan rancangan hiburan yang berunsur pendidikan kerana budaya islam yang paling agung ialah dakwah dan saling nasihat menasihati. Akan tetapi, kadang-kala ada sesetengah pihak mahu mengajak kepada kebaikan dengan cara yang salah. Contoh, pengarah dan pelakon yang mahu mengetengahkan bahawa zina itu dosa, maka mereka lakonkan aksi ranjang(walaupun tidak keterlaluan).

Matlamat tak menghalalkan cara. Andai kita mahu lakukan sesuatu kebaikan, pastikan matlamatnya bertepatan dengan islam, dan caranya juga kena bertepatan dengan islam. Seorang ulama berkata:
إذا اختلط الحق والباطل غلب الباطل
"Jika bercampurnya kebaikan dan keburukan, maka, yang akan menang ialah keburukan”.
"Jika bercampurnya kebaikan dan keburukan, maka, yang akan menang ialah keburukan”.
Selain itu, pihak industri juga tidak wajar disalahkan sepenuhnya kerana ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memilih konten yang dilihat oleh anak-anak dirumah. Hal ini kerana salah satu punca runtuhnya akhlak anak-anak adalah kerana kurangnya perhatian dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih rancangan untuk ditonton anak mereka dan sentiasa memantau aktiviti anak- anak seperti memeriksa gajet anak-anak, menyekat konten negatif dari memasuki gajet anak-anak. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya", jika anak-anak didedahkan dengan perkara negatif maka berisiko besar mereka akan mempraktikkan perkara-perkara yang negatif tersebut.
Tambahan pula, terdapat pelbagai cara untuk menghindari keburukan industri hiburan yang melampau terutama langkah yang boleh diambil pihak yang berkenaan industri hiburan seperti pelakon, pengarah filem, dan penyanyi. Antaranya ialah dengan mengetengahkan budaya islam dalam menghasilkan karya hiburan. Mereka yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia perlu sedaya upaya menonjolkan nilai dan budaya islam yang sebenar dalam setiap apa yang dilakukan seperti lakonan atau nyanyian. Seterusnya, penjagaan aurat oleh pelakon pelakon muslim dan penjagaan tatatertib pemakaian oleh pelakon bukan islam. pelakon islam, penyanyi islam, pengacara islam dan semua orang islam yang terlibat dalam industri hiburan Malaysia perlu sama-sama menutup aurat dengan sempurna. Sekiranya ramai pelakon yang mempunyai jutaan pengikut dan peminat, andai mereka semua menutup aurat dan menyeru pengikut mereka untuk juga menutup aurat, sudah pasti ramai orang akan berpus-pusu menutup aurat. Contohnya, sudah ramai artis Malaysia yang mula menutup aurat seperti Heliza Helmi, Neolofa, Felixia Yeap, Siti Nurhaliza, dan sebagainya.
Kesimpulannya, pihak berkuasa industri hiburan Malaysia perlu lebih waspada akan keruntuhan akhlak anak muda masa kini dan memulakan langkah dalam menyeru mereka untuk kembali kepada adab dan tatatertib yang dikehendaki agama untuk kebaikan masyarakat dan negara kita. Selain itu, sebagai mereka yang lebih arif dan matang seperti golongan berpendidikan, ibu bapa, guru-guru hendaklah bersama berganding bahu dalam menghentikan keruntuhan akhlak anak-anak yang berpunca dari hiburan yang melampau.
RUJUKAN
1. Kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke 2
Comments
Post a Comment